Monday 4 August 2014

Pelik Tapi Benar "Kerana Riyak"

Views
Dahulu aku ada seorang kawan yang suka melakukan dosa besar.
Kemudian, dia bertaubat.
Aku melihat dia banyak beribadah dan bersolat Tahajud.
Suatu ketika aku terputus hubungan dengannya.

Tiba-tiba aku mendapat tahu bahawa dia sedang sakit. Maka aku pergi menziarahinya. Aku melihatnya sedang berbaring di atas tempat tidur yang terletak di tengah-tengah rumah. Mukanya kelihatan kehitaman, kedua-dua matanya tertutup dan bibirnya bengkak dan kelihatan besar. Aku berkata kepadanya, "Wahai saudaraku, perbanyakkalah ucapan Lailahaillallah." Dia membuka kedua-dua matanya, dan menatapku dengan penuh kemarahan, lalu tidak sedarkan diri. Aku mengulangi perkataanku, "Wahai saudaraku, katakanlah Lailahaillallah. " Pada ketika itu aku mengulanginya untuk kali ketiga, dia membuka mata dan berkata:

"Wahai Mansur, perkataan ini telah menjadi jauh daripadaku!"

      Aku tergamam.

"Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah, zat yang Maha Tinggi dan Maha mulia. Wahai saudaraku, di manakah solat, puasa, tahajud dan ibadah-ibadah malammu?"
dia menjawab, "Aku melakukan semua itu bukan kerana Allah dan taubatku palsu. Sebenarnya aku melakukan semua itu supaya aku dikenali dan disebut-sebut orang. Aku melakukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Kira berseorangan, aku masuk ke dalam rumah dan menutup tirai, lalu aku minum arak dan bermaksiat. Aku terus melakukan perbuatan ini tanpa henti. Kemudian aku ditimpa penyakit hingga menyebabkan aku hampir mati. Segera aku menyuruh anak perempuanku mengambil mashaf al-Quran dan aku berdoa, "Ya Allah, demi kebenaran al-Quran yang agung, sembuhkanlah aku!" aku berjanji tidak akan kembali melakukan dosa untuk selamanya.

Maka Allah menyembuhkan aku daripada penyakit. Malangnya selepas sembuh, aku kembali berfoya-foya dan meneruskan kejahatan seperti sebelumnya. Syaitan membuat aku lupa akan perjanjian yang telah aku ikrarkan kepada Tuhanku. Aku terlalai dalam keadaan itu sampai beberapa masa lamanya hingga aku menderita sakit untuk kali kedua. Lalu aku perintahkan ahli keluarga membawaku ke tengah-tengah rumah. Kemudian aku mennyuruh mereka mengambil mashaf dan aku mula membacanya. Lalu aku berdoa "Ya Allah, demi kemuliaan kalam-Mu yang ada dalam mashaf ini, bebaskanlah aku daripada penyakitku!" Maka Allah mengabulkan permintaanku dan menyembuhkan penderitaanku untuk kali kedua. Kemudian aku kembali hidup melakukan maksiat hingga jatuh sakit lagi. Perkara yang sama aku lakukan, tetapi mataku sudah tidak mampu melihat satu huruf pun. Ketika itu aku sedar yang Allah sudah murka. Lalu aku angkat mashaf itu di atas kepala sambil memohon, "Ya Allah! Demi kehormatan mashaf ini, bebaskanlah aku daripada penyakit ini, wahai penguasa bumi dan langit!"

Tiba-tiba aku mendengar seperti suara memanggil, 'Engkau bertaubat ketika engkau sakit, tetapi engkau kembali kepada perbuatan dosa apabila engkau sembuh. Betapa kerap Dia menyelamatkanmu daripada kesusahan, dan betapa banyak rahmat-Nya mengangkat bala semasa engkau diuji. Tidakkah engkau takut dengan kematian? Engkau telah binasa dalam kemaksiatan-kemaksiatan yang engkau lakukan." Mansur bin Ammar berkata, "Demi Allah, aku keluar dari rumahnya dengan air mata mengalir merenung pengalaman yang baru kulihat. Dan sebelum sempat aku sampai di rumah, sampau berita bahawa dia sudah meninggal dunia.



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment